About

Nama saya Paridah Binti Hashim. Dilahirkan di Muar, Johor. Anak kedua daripada sepuluh orang adik-beradik yang terdiri daripada dua orang perempuan dan lapan orang lelaki.

Selepas habis belajar, saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama bapa saudara iaitu Dato’ Johan Jaffar. Di Kuala Lumpur, saya bekerja di sebuah syarikat penerbitan iaitu Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (sebuah anak syarikat tunggal Oxford University Press, United Kingdom) sebagai seorang setiausaha kepada Pengurus Kewangan & Sistem syarikat tersebut.

Setelah lama tinggal di Kuala Lumpur, saya kini kembali ke kampung halaman saya sendiri dan bekerja di sebuah firma guaman di Muar, Johor dalam bidang hartanah dan pengendalian banking serta harta pesaka kecil hinggalah sekarang ini.

Diluar waktu pejabat, saya lebih suka memerap di rumah, lari dari kesibukan dunia nyata, berlingkar di tilam empuk dan sesekali bertafakur di hadapan pc hingga terlupa dunia bertukar wajah dari cerah kepada kegelapan yang menakutkan, hehe…

image775.jpg

2 Responses to “About”

  1. sibuk sangat nampak. ada masa ke nak nulis belog?

  2. Time sibuk takyahla nak tulis blog. Saya tulis time rilex2 jer, barula idea datang menggolek, hehe..betul tak?

    Anyway, timer kasih kerana sudi beri komen kat sini. Sebenarnya kat sini tak perlu komen, cumer baca jer…tapi, kalau orang dah nak komen, apa nak buat, kita timer jerla..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.